Selasa, 26 November 2013

Fungsi


Sintok ialah sejenis tumbuhan berbatang berkayu yang memanjat. Tumbuhan ini adalah dari jenis liana dan selalunya dijumpai memanjak pokok-pokok lain terutamanya pokok-pokok balak didalam hutan. Sintok membiak melalui biji benih. Buahnya yang matang berwarna hitam dan buah ini juga boleh digunakan sebagai pengganti syampu seperti kulit batangnya juga.untuk menjadikan aar sintok sebagai pengganti syampu untuk menghitam dan mengilatkan brambut, kulit batangnya diketuk hingga leper dan disiatkan kedalam air.a akan mengeluarkan buih dan buih ini digunakan untuk syampu manakala kulit tadi boleh digunakan untuk menyental tubuh badan ketika mandi. Selain menghilangkan kotoran dan daki ia juga wangi dan menyegarkan.

Manfaat:
Sintok dapat digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat
pilis(diampur dengan akar tinggal dan kapulaga) yang digunakan sebagai tampalan pada dahi ibu selepas melahirkan untuk mengelakkan pening kepala dan angin meroyan.

Sintok juga digunakan sebagai penyegar yang boleh mengembalikan kecergasan tubuh badan. ia banyak digunakan oleh dukun dan pengamal perubatan alternatif sebagai bahan campuran mandian untuk memulihkan semangat dan mengembalikan kecergasan terutamanya selepas lama terlantar Sakit.

Masyarakat melayu tradisional juga mengamalkan mandi menggunakan kulit akar sintok selepas suci dari haid untuk mengembalikan kecergasan disamping mengharumkan tubuh badan.

Kayu sintok pula mampu untuk merawat penyakit sifilis dengan cara meminum air rebusan akarnya.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat gigitan haiwan dan serangga berbisa,ia juga dapat meredakan sedu dan juga untuk merawat berak berdarah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar